' Usahlah dipinta hidup yg mudah, tapi pintahlah hati yg tabah"

Pages

Thursday 11 April 2013

KURSUS ASAS PEMPROSESAN MEE KUNING

07 April 2013 baru lepas habis buat program KURSUS ASAS PEMPROSESAN MEE KUNING KERJASAMA DENGAN KOLEJ KOMUNITI JELEBU.....Saja nak share buat mee kuning dgn sendirinya lagi terjamin dan bersih kan...

Bahan-Bahan Mee Kuning

1- Tepung Gandum    1kg
2-  Air                     450 mlm
3-  Air Abu                30 ml
4-  Garam                  20 g
5-  Minyak Masak     Secukupnya


Peralatan

1-Mesin Mee
2- Mesin Penggaul
3- Periuk
4- Senduk
5- Penapis
6- Dapur
7- Pencedok Mee

Kaedah-Kaedah Buat Mee Kuning


1- Mula-mula Ayak Tepung Gandum dan Letak Garam Serta Air Abu dikacau larut.
   2- Uli tepung gandum dengan larutan garam dan air abu tadi sehingga sebati...............
3-Tambah air sedikit demi sedikit sehingga adunan benar-benar belaka...................
 4- Adunan tadi dinipiskan sebelum digelek dengan mesin mee...................................
       5- Setelah adunan digelek, masukan ke bahagian mesin mee (bahagian pemotong) untuk 
menghasilka mee.
6- Kemudian rebus mee kedalam periuk selama 1 hingga 2 minit (sehingga timbul)
7- Toskan dan cuci mee untuk membuang kanji-kanji tepung yang ada.
8- Gaul mee kuning dengan minyak masak bagi mengelakkan mee tadi melekat..
9- Akhir sekali siap dan boleh la di bungkus........

SELAMAT MENCUBA...HALAL ITU INDAH......^_^...

P/S: nti pos gambar buat mee kuning tue la.........

 

No comments:

Post a Comment