' Usahlah dipinta hidup yg mudah, tapi pintahlah hati yg tabah"

Pages

Tuesday 25 June 2013

kerja baru

Dah lama x update blog..semakin meningkat dewasa semakin busy..hhehehhee...selepas sebulan habis praktikum di baitulmal daerah Rembau now continued sukarelawan dakwah. Dah jadi org negori sekrg nie...^_^...Pergi lakukan siasatan dan sgt rasa terharu apabila semakin lama kerja dibahagian welfare nie byk lg orang susah di Malaysia nie..Kadang-kadang kita rasa kita dah susah tp bila tgk dgn mata kasar ada lg susah dr kita.Maka kita sendiri harus rasa bersyukur dgn nikmat yg tuhan berikan..



Contoh siasatan asnaf fakir miskin

Rumah yang sgt kecil tp MEREKA boleh hidup dgn gembiranya tanpa rasa rendah diri..Contoh doa untuk rasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dia berikan..

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sebagai seorang hamba Allah S.W.T. kita perlu berdoa kepada-Nya untuk bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita dan kepada kedua ibu bapa kita dan segala kebaikan itu akan berterusan hingga kepada zuriat keturunan kita. 
Berdoalah setiap hari ketika lepas solat.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam"

Intisari doa ini terdapat di dalam ayat al-Quran surah al-Ahqaf ayat 15.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."