' Usahlah dipinta hidup yg mudah, tapi pintahlah hati yg tabah"

Pages

Friday 1 April 2011

*Sharing is caring*

1 april 2011.....Friday....
TERBACE blog sal..kawan ak kt uum nie la..
saje nk share...SALASIAH punye cerpen nie...
p/s:sal ak copy paste citer mu nie hehehhehehee.....

~Satu perjalanan panjang: Maafkan aku kerana mencintaimu...~

Prolog:
Maafkan aku kerana mencintaimu lalu aku mendustai persahabatan ini
Lalu mewujud jurang jauh antara kita
Apakah aku berdosa

Maafkan aku
Kerana pergi daripada menunaikan kasih ini kerana kau akan lebih bahagia andainya aku tak pernah wujud dalam hidupmu
Aku izinkan pemergian ini
Kerana ku tahu di situ letaknya senyummu
.........
“ kenapa kau pilih jalan nie Saharah.”
Entah untuk berapa kali..
Air mata ini mengalir dan terus mengalir
Apakah aku mampu untuk menjadikan semua ini sempurna
Untuk dia dan cinta
Untuk aku dan kasih
Untuk dia dan rindu

“ kau pilih jalan yang salah Saharah”

Salahkah aku membiar dia bahagia
Salahkah aku membiar dia tenang dengan penghidupannya
Sedangkan andai aku di situ
Tiada tenang di wajahnya
Maafkan aku kerana aku telah melanggar satu garisan
Hingga kau merasa aku satu beban

“ kau tak tahu hati dia. Mana tahu dia pun cintakan kau”

Kala pandangan itu melekap pada satu wajah yang melintasi
Aku tahu
Aku tiada tempat di ruang itu
Tiada sedikitpun..
Lalu matanya berkalih
Tetapi linangannya masih mengharap
Tuhan, apakah cemburuku ini adalah satu kewajipan.

“ Kau takkan bahagia macam nie. Hati kau ada Ammar, mampu ke kau dustai hati kau sendiri”

Mampukah aku
Memilikimu untuk ku meletakkan kau di satu penjuru
Yang teramat istimewa di hatiku
Mampukah aku
Mengekalkan kau sebegitu
Kerana ku tahu, kau takkan pernah akan rela untuk mendiaminya

  Sharah.... Kau tak kasihankan diri kau sendiri, jiwa kau, hati kau.. Tepat ke keputusan kau untuk pergi. Kau cintakan Ammar. Walau kau hajatkan Fitri tapi... cuba kau tanya hati kau. Hati kau.. Bukan fikiran kau”

Mengapa harus aku
Mencintai temanku sendiri sedangkan fikir ini telah lama menglamunkan seseorang
Mengapa harus aku
Mencintai seorang yang takku kenali
Sedangkan aku hajatkan seorang putera yang sentiasa mandir dalam benakku
Mengulit indah mimpiku
Menenangkan jiwaku

Mengapa harus aku
Menjadi petualang dalam persahabatan ini
Tuhaaaaannnn....

SEDEKAD WAKTU CINTA BERMUSIM YANG TAK PERNAH HADIR.

*****
“ kau dah baca skrip aku kan, ‘AKU,KAU DAN DIA’? “
“ Dah..”
“apa pendapat kau.. jalan cerita tue.. ada macam yang kau alami sekarang”
.............
Terima kasih Tuhan
Kerana mendugaku sebegini

kau memberi anugerah
Untuk aku yang leka dengan benci terhadap kenangan silam
tapi apakah hari esok itu menjanjikan bahagia

Mengapa harus dia
hingga ini yang jadinya
apakah ini satu bebanan dosa
hiasan dunia yang tak pernah letih mendera aku

cinta itu indah
tapi mencintai dia satu kepedihan
kerana aku takkan pernah memiliki cinta itu
walau dia berlegar-legar di depanku

Apakah perasaan ini
Satu pengkhianatan

Maafkan aku ....
*****************
" awak, maafkan saya... sy tak tahu macam mana boleh jadi macam nie. Awak kawan saya. tapi sy khianati perkenalan ni, saya khianati. sy tak seharusnya cintai awak.. awak... sy mintak maaf... sy mintak maaf.. kalau saya mintak maaf seribu kali sehari depan awak pun tak sepenat apa yang sy rasakan sekarang nie." titis-titis di kolam mata itu mengalir laju. langsung tak diseka. sekaan sekalipun takkan merubah apa-apa.
mengapa aku mencintai dia
melahirkan jurang ini
kerana dia tak pernah menyintaiku
Lalu bererti aku telah mendustakan ketulusannya
dalam perkenalan ini
sebagai teman sepermainan
sedangkan di hatiku
ingin dia menjadi teman di taman perasaan
Tuhan......

" awak tak perlu meminta maaf pada saya. Awak tak salah apa". Ammar merenung rumput-rumput berembun. di sisinya ada seorang gadis, yang mencintainya tapi apakah cinta itu satu kelelahan padanya.

(SUARA DARI HATI - 30/03/11)

Ammar - sekiranya engkau letih mencintai aku, berhentilah. Andai kau tak pernah merasa indah menyayangiku, lepaskanlah. Lepaskanlah cinta itu. Jangan menangis. Jangan kau menangis. Berhentilah. Andai kasih kau terhadapku satu paksaan, usah kau temani aku lagi.

Saharah- Aku takkan pernah penat menemanimu, walau hingga lewat dada malam pekat pun aku mampu berlari, meninggal segalanya untuk berada di sisimu. Agar kau tak berjalan sendiri pulang ke mana kau mahu pergi. Aku takkan pernah penat menemanimu, kerana cinta itu indah, mengingatimu satu keindahan, membayangkanmu satu keindahan. Cuma aku merasa letih untuk aku berlakon bahawa aku tak pernah mempedulikanmu.

Ammar - kiranya kau ingin, teruskanlah
Saharah- aku takkan berhenti sekiranya kau tak memintanya.Mintalah padaku Ammar, agar aku meninggalkanmu. Kerana selama itu aku akan terus mengharap ada cinta di hatimu untukku. Sedangkan tak pernah ada. Bodohnya cintaku....
 ******************

" awak, sy nak beritahu satu perkara"
" apa dia?"
" erm...."
" speechless ke apa awak nie?"
" awak ingat tak, hari hujan hari tu"
" yang mana ?"
" yang kita berpayung bersama tue"
" owh... ingat2. naseb baik kebetulan awk pergi mall masa tue. kalau tak kuyup sy balik kolej. napa awk?"
" erm.... "
" napa?"
" sebenarnya sy bukan kebetulan pergi mall. sy bukan lapar pun pergi beli roti tu."
" ermm.. maksudnya..."

Lepaskanlah..
Apa yang ada...
Kerana aku tidak ingin menjadi anak-anakkan yang seperti baru hati ini
merasa betapa cintai itu mampu menggilakan....

" sy ke sana untuk bawa payung pd awk. supaya awk tak basah balik kolej"

Ammar terkaku. Apakah erti di sebalik semua ini...
 *****************
kiranya aku telah tersilap penilaian
mengakui sesuatu yang seharusnya terpendam
sedangkan kala itu aku ingin kegilaan ini terdiam
agar aku terus waras untuk menjalani kehidupan seorang yang pandai mengawal hatinya

tapi engkau pergi
kita makin jauh
ku fikirkan tiada apa yang berubah
tapi begitu banyak bezanya.
...........
" ah.. malam nie tak ada bulan. kata orang kalau kita rindu pada seseorang kita tengok bulan. tak ada bulan, maknanya tak rindu pada sapa-sapa lah" Ammar dan Haikal hanya diam. kata-kata itu sekadar mahu memecah suasana kediaman perjalan singkat antara mereka. Haikal mengambil arah berbeza, yang tinggal hanya ammar dan saharah. Dan perjalanan itu sangat sunyi. Ammar tak bersuara, Saharah juga.
Aku rindukan perjalanan itu
perjalanan kita berdua
walau daerah itu disunyi
walau boleh dibilang banyak mana kita bicara
tapi aku merasa makin mendekatimu, kerana kau kawanku

sengaja ku dekati mu
untuk aku tahu apakah perasaan ini benar
atau hanya khayalan zaman muda yang kan hilang
bila dewasa melanjuti usia

Apakah perasaan ini benar...
...............................
Budussss... budusss.... pe hal aku teringat kat Ammar nie. Weiii saharah, wake up. Ko nie pehal???? Aku nak Fitri. Aku minat dia dah lama tapi kenapa aku jatuh hati pada Ammar. Aku benci semua nie. Aku benci.
Malam ini, aku letih
aku benci pada takdir..

(Dia yang aku ter’cinta – 19/03/11)
Mengapa harus aku
Tiada pilihan untuk jatuh
Cinta pada siapa yang ingin aku miliki

Mengapa harus aku
Tertunduk pada takdir
Yang menidakkan keinginanku
Untuk merasa sayang pada yang layak

Mengapa harus aku
Mencintai seorang yang tak pernah hadir dalam fikirku
Sedang ingin aku bahagia dengan perasaan
Yang aku sendiri relai

Mengapa harus aku
Dipaksa mencinta dia
Sedang tak ingin aku
Memiliki dia

Dia yang ku puja
Telah jauh dari genggaman
Kerna aku tak dibenarkan mencari yang lain selain yang ditetapkan untukku

Mengapa takdir ini kejam
Mengapa aku yang perlu beralahan
Sedangkan ini satu penganiayaan

Aku benci dia
Yang datang tak semena-mena
Dan melayanku
Seperti aku mengemis cintanya

Sedangkan aku
Tak ingin ini
Kerana itu ku khabarkan tentang perasaan
Agar segalanya terus hilang

Mengapa Tuhan itu
Meletakkan cinta di hati aku
Untuk lelaki seego itu
Untuk lelaki yang tak pernah aku pandang
Untuk lelaki yang tak pernah aku fikirkan

Kalau ini dari akal
Sudah pasti aku tidak waras
Tapi ini dari hati
Apakah harus aku katakan hatiku gila?

Seharusnya aku
Mencintai dia dalam igauku
Yang membuatku terpana
Dengan keindahan dalam dirinya

Sewajarnya aku
Meletakkan kesetiaan itu
Pada insan yang layak
Yang lebih melihat
Yang sentiasa di samping

Apakah aku
Terlalu gila untuk membiarkan
Hati mengusai diri
Dan menanti lelaki itu datang padaku
Dan aku memberi kesetiaan
Lalu melalui percintaan sedangkan
Sangkal akal ini masih bersisa

Aku benci dia
Tapi aku sangat sayang
Aku benci dia
Tapi aku terbayang
Aku tak ingin dia
Tapi aku teringat

Dia di depanku
Seolah-olah dia bukan sesiapa

Apakah aku
Hanya mencintai
Seseorang yang di sebalik dia
Yang ada hanya kadang waktu

Bodohlah aku
Mencintai orang yg tak pernah wujud dalam kenyataan

...............
Ammar... Mencintaimu satu perjalanan yang panjang. Betapa merasa bahwa perasaan ini pengkhianatan atas angan-angan kosongku untuk bersama putera yang kupandangi lebih 12 purnama, teruji pula bila kau pergi dari apa yang pernah kita jalani, lakonan atas apa yang terjadi saat khalayak melihat kita, agar tak pernah terfikir mereka ada cerita di sebalik ini, lalu aku penat.... setelah aku menerima kenyataan, aku mula sedar aku tak pernah hidup di sudut itu. Waima hati ini tak pernah meminta, tapi lumrahnya jiwa itu mahu bersama insan yang dirindu. Tersepitlah aku, antara perasaan dan pengkhianatan terhadap perkenalan ini. Maafkan aku, kiranya aku mampu, ingin terus aku hilang daripada pandanganmu kerana ....... Kau penat melihat aku, kau benci pada aku, setelah aku katakan apa yang tak perlu aku ucapkan. Maafkan aku, Ammar.. Maafkan aku.
Kau datang saat aku bencikan percintaan, telah hilang kepercayaanku pada ketulusan hubungan suci itu. Tetapi kenapa harus kamu, sedangkan ini bukan pertama kali aku menatapmu, bukan pertama kali kau berada di hadapanmu tapi harus mengapa bila ku tetapkan takkan ada lagi cinta, kau hadir... dalam diri yang berbeza. Lalu aku terpana, kerana satu yang tak pernah terlihat. Sedangkan kau tak pernah sebegitu. Kenapa Tuhan, menetapkan ini.

Mengapa cinta itu datang kala aku ingin melupakan segalanya tentang perasaan
Mengapa dia hadir setelah aku memutuskan untuk menutup pintu hati
Lalu seluasnya tabir terbuka
Bak terselak dek tiupan angin yang kuat
Tapi sungguh tak menyakitkan

Aku ingin bersendiri
Tapi kala dia hadir aku ingin dia menemani
Siapakah yang terkirim ini
Adakah ia kan menajdi penduka yang sama,
Yang akan menghiasi hidupku dengan igauan ngeri sekali lagi
Merobek kepercayaan tentang nama percintaan

Aku bukan seorang penafi yang menafikan lumrah
Cuma aku terpedaya bahwa semua lumrah itu indah
Lalu aku tenggelam dalam satu penipuan nyata
Sungguh aku tersiksa

Mengapa dia hadir

Mengapa dia terkirim ke sini

Mengapa aku terpaku

Mengapa hatiku terasa ada sesuatu

Tuhan Tolong aku
Tolong aku yang inginkan sesuatu yang takkan lagi mendurjanakan aku
Sementelaah aku tak pasti apakah yg akan dibawa ini ke dalam hidupku

Dia bukan siapa-siapa yang harus disalahkan
Sedangkan dia tak sedari apa yang aku fikir dan rasa
Manakala aku sekadar diam memerhati keadaan

Tuhan,
Mengapa aku seringkali mencuri masa menatap wajahnya
Mengapa aku menjeling pandang melihat tingkahnya
Apakah ini dusta rasa

Tuhan,
Tolong aku
Kerana aku tidak tahu
Kerana aku tak mahu kembali merasa tangisan hangat terngalir di pipi ini lagi
Kerana aku tak ingin hatiku terluka lagi
Kerna ia telah terluka seluka-lukanya

Andai ini cinta
Luangkan rasa tenang menyelinap

Andai ini dusta
Tutup segala ruang dengan sebeng-sebeng tegap
Agar tak mampu terjengah ia

Tuhan tolong
Andai benar aku kasihi dia
Jangan kasihku melukainya

Tuhan tolong
Andai benar dia kasihi aku
Jangan kasihnya melukakanku

Tuhan, Kau tahu
Sejauh dan sekelam mana jalan yang aku lalu

Tuhan, Kau tahu
Sepahit mana duka pernah dia temu

Andai ini menambah lelah antara kami
Jauhkanlah

Andai ini memberi ruang untuk bernafas
Redhakanlah.......

Sungguh aku kasih dia
Dalam senyap tanpa suara
........................................

Tapi bila aku sedari, kau tak pernah ada, dalam daerah yang aku diami, aku terdiam. Aku merasa aku terjatuh, terjelupuk. Mengapa aku terlalu lemah menghadapi mu. Mengapa aku terlalu lemah di hadapanmu. Walau kau tak tahu akan perasaanku..
 Terngadah
Sekali lagi aku lemah
Apakah ini satu yang melelahkan

Nafasku tersekat di dada rasa
Tangisku tertakung di kolam jiwa
Apakah apa yang ku lakukan silap semua

Benar kata pujangga
Kala satu masa kan terasa betapa rendahnya bumi
Saat seseorang itu jauh lalu pergi tanpa memandang
Sedang terharap dia memaling ke mari

Pergilah sesuatu
Biarkan aku di bangku ini
Menanti saat aku merasa harapan itu kembali
Atau biarkan aku mati dengan sepi yang menghimpit hari

Nafasku lelah, lagi
Lemah

Ya Tuhan
Duga apakah

Bukan bicara yang ingin didengar telinga sayang
Bukan bisik rindu yang mahu diucap bibir kasih
Sekadar menyata apa yang ada
Agar aku berjalan semula seperti sedia kala

Tapi..
Mengapakah langkah ini makin jauh

Sungguh duga ini menyentuh
Tersembah lututku jatuh

Izinkanlah aku berdiri lagi..........

.................
Kalau aku tak ditemani pun tak mengapaa. Tapi bila terjatuh begini, aku ingin Fitri dalam igau menemaniku, tapi aku ada bayang Ammar dalam hati. Kalau lah aku mampu memilih. Fitri, terima kasih kerana kamu sentiasa menemani aku dalam kelelahan ini. Kepenatan aku. Kau ada walau kau tak bersuara. Kau temani aku walau kalau jauh dan kau tak pernah tahu aku wujud. Hanya nalurimu, yang mampu melihat, betapa aku berada di pondok ini, memandangmu dari kejauhan. Aku ingin kamu ada, tapi aku tiada hak untuk itu. Aku ingin mendekatimu, tapi aku tidak mampu bergerak, hatiku tak meminta untuk itu. Akalku gertak, marah, jiwaku tersiksa. Tapi inilah takdirnya.

(Dia yang kuanggap - 17/03/11)
Tergamam aku seketika
Kerana dia ada tepat di depanku
kerna sebelum ku mlangkah kaki keluar
Terfikirkan ada mungkin ku temu dia

ada rasa menyusup ke dalam hati
kewujudannya amat bererti

Dan langkah dia terhenti
ada teman bualan menyisih
lalu aku bergerak terus tanpa peduli
tapi apakah ini takdirnya
dia seiringku
boleh saja kiranya aku ingin menegur
tapi aku takkan
di hadapan jejaka dalam igauku

aku melaju langkah
biarkan dia ke belakang dan tiada niat utk ku kembali di sisinya
waima aku mngintai dari kejauhan

dan keduanya
Aku bdoa dia ada
kala aku mendekati tangga-tangga
pengharapan dia ada di sana

Kebetulan
Suratan dia membalik ku
dan aku tepat di belakangnya..

Apakah itu

Terima kasih tuhan
kerana ini bagai penghapus air mata siang tadi
yang mengalir kerna bukan dia aku cinta

mengapa harus yang lain

Jejaka ku
Terima kasih kerana kau tak pernah tahu
..........

(Bantulah 18/03)
Maafkan aku kerana aku
mencintai yang lain selainmu

Maafkan kerana aku
Tiada daya untuk menetapkan itu

Ketentuan ini
Membuat aku membenci takdir sendiri

Tuhan
Tolong
Ambillah kembali dia dari hatiku
Tolong

Kekasih hati
Bantuilah aku
Pergilah
Relakanlah kebencian ini
Terus membaluti jiwaku
Untuk aku terus ke sana
Tanpa rasa menyesal dan bersalah

Yang di sana
Nantilah aku
Terima lah
Walau kau tak pernah tahu
Aku ada

Tuhan
Bezakanlah ketetapan ini
...........................................................
Ammar.... mencintaimu ialah satu perjalanan yang panjang. Dan inilah titik penamat untuk segala. Anggapkan aku tak pernah ada.
(Perhentian - 04/03/11)
Ibaratnya aku berjalan
Jauh
Dan sekarang aku penat
Letih
Tiada apa yang kufikirkan
Bukan jalan pulang
Bukan juga jalan ke depan
Aku hanya inginkan perhentian

Aku berhenti
Duduk di bangku, bawah pohon yang rimbun
Tak terasa lagi perit mentari
Peluh rasaku hilang sedikit demi sedikit
Tiada apa yang aku fikrkan

Aku sekadar hanya mahu berhenti
Aku sekadar mahu berehat dari perjalanan ini
Jangan di ajak ku ke sana mahupun ke mari
Dekat atau jauh
Lepaskanlah peganganmu
Aku tak mahu

Ku lihat dua jejaka di depanku
Kiri dan kanan
Aku sekadar melihat
Mereka sekadar berdiri
Aku sekadar membiar
Ku tak pasti apakah mereka akan kekal di situ

Mereka bergerak ke sana ke mari
Aku tak pasti apa yang mereka cari
Apakah yang ingi mereka temui

Tiada satu niat di dalam hatiku
Untuk memegang tangan antara salah satu
Dan kemudian terusan berjalan
Aku tak terasa untuk memanggil
Tak terasa untuk mendekati
Tak terasa untuk menjauhi
Aku hanya ingin berada di sini
Hanya ingin melepaskan penat ini
Sebelum aku kembali pergi

Kedua-duanya menarik perhatianku
Yang masih berada di situ
Dan mereka mungkn tidak terasa aku jua ada di sana

Tuhan mengujiku
Apakah yang lebih aku butuh
Sama ada kerusi tempat duduk ni atau salah seorang antara lelaki

Aku tidak membuat pilihan
Aku sekadar meneruskan apa yang aku lakukan
Sekadar itu
Duduk itu

Aku tidak memilih untuk duduk lebih lama dari apa aku perlukan
Aku tidak memilih untuk mencapai salah satunya antara itu
Tidak teringin untuk fikirkan apa-apa
Sekadar membiar sahaja
Biarkan

Aku hanya perlukan rehat
Aku tak bertanya tentang tempat untuk aku berpaut apabila aku berjalan semulan nanti
Tidak pula aku merancana untuk tnggal lebih lama di sini

Aku tdak mengisahkan
Sama ada kedua-dua lelaki di hadapanku berjalan bersamaku atau tdak
Aku tidak mengisahkan sama ada mereka melihat aku atau tidak
Aku sekadar ingin masa untuk diriku
Masa untuk kerehatanku

Tuhan mendugaku
Bersoal tentang ingin mendekati atau melewati
Tapi aku menjawab, 'ku biarkan'
Terpulang antara keduanya untuk bersamaku atau tdak
Tiada aku minta
Tiada aku paksa untuk pergi
Aku tak lakukan apa-apa

Aku takkan lakukan apa-apa
Selain menghayati kerehatan ini

 ..........................................

Walau sedaya mana akal menipuiku, setiap detik saat aku merasai kamu dalam denyut nadiku. tapi kali ini telah terlewat. Kerana aku tersungkur di depan kedinginan mu. Lalu rindu itu takku turut, ia sekadar menyakiti aku yang dalam diam berharap. Kerana itulah erti cinta, walau akalku tak terfikir, aku menurut lumrah. Ingin kau di sisi, ingin kau di sini. Lama benar aku menanti. Hingga asaku telah surut rasanya. Telah tersentap dengan segala lakumu. Kiranya  melepaskan insan yang dicinta itu kemestian, akan aku lakukan apa sahaja untuk kau bahagia. Hingga kau ingin aku pergi selamanya pun akanku turut. Hanya ini, kerana kau tak pernah katakan, apakah marah itu benar benci, kata-kata bicara kita itu sekadar lakonan atau kediamanmu itu menyimpan dendam. Maafkan aku kerana pernah datang, kali ini aku pergi. Aku percaya kau bahagia andai kita begitu.

Kira waktu sudah terlewat
Untuk ada ruang aku persembahkanny padamu

Kerana
Waktu-waktu itu telah tersia dengan banyaknya
Sedangkan aku bukan penyabar yang mampu merentasi segala ini tanpa rasa lelah
Dan sekarang aku lelah
Aku sudah tidak ada rasa untuk teruskan

Paksaan
Paksaan ini mendugaku
Tapi seikhlasnya aku jalani
Hingga sesaat selepas ini tiada lagi

Waktu telah terlewat
Kiranya kau baru menyedari aku pernah ada di sudut itu
Sudut-sudut yang pernah kosong di hatimu

Waktu telah terlewat
Kiranya kau ingin datang menghampiri aku
Sudah tertutup pintu-pintu itu
yang sebelum ini
Kau boleh pilihi dari jalan mana yang ingin kau masuki

Waktu sudah tiada

Aku berterima kasih kerana Tuhan menduga
Dan selepas ini
Kau takkan dapat lihat lagi aku di mana - mana

(7.00 ptg)
isnin 28.03.11

(Satu perjalanan: himpunan puisi-puisi dalam perjalanan ini.)

30/03/11

(Penat seyh...)
Leave me alone. You never with me..
 
nie la salah 1 cerpen kawan aku..saje nk promot...bce la ok...

No comments:

Post a Comment